Tawaran Ke Tingkatan Enam Sesi 2013/201


Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Enam Sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Enam Sesi 2013/2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 April 2013 (Rabu).

Sekian, terima kasih

By ppusmkst

Oh!!! …… My PBS


Assalamualaikum Semua….

exam-image-carousel-blue 

Muafakat membawa berkat…

Masa PBS atau Kertas 4 STPM sudah bermula, sila lawati website MPM untuk maklumat lanjut berkenaan PBS. Di sini di sertakan Manual Calon dan Soalan PBS untuk subjek Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu untuk perhatian dan tindakan sewajarnya….

Manual Calon :

Manual Bahasa Melayu 9104

Manual Sejarah 9404

Manual Pengajian Am 9004

Manual Kesusasteraan Melayu 9224

Format Esei Bahasa Melayu 9104

Soalan PBS :

Soalan Kerja Kursus Bahasa Melayu 9104

Soalan Kerja Kursus Sejarah

Soalan Kerja Kursus PAM

Soalan Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu

Borang PBS  ( Muka Depan, BPC, BRKCC dan BMKCC ):

Borang PBS

By ppusmkst

Rakan Patriotik MPP bersama IKSEP Pada Hari Kemerdekaan Ke 55…


31 Ogos 2012 : Majis Perwakilan Pelajar PPU ( MPP PPU ) menyertai Rakan Patriotik ( IKSEP ) dalam Perbarisan Hari Kemerdekaan Negara ke- 55 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. Acara yang gilang-gemilang itu disertai oleh semua agensi kerajaan negeri Melaka, NGO dan Syarikat-syarikat Korporat. Merdeka 55 Tahun Janji Ditepati merupakan tema hari Kemerdekaan kali ini…

Gambar-ganbar menarik Perbarisan Rakan Patriotik IKSEP

 

By ppusmkst

Adi Putra & Fadzil Zahari ke PPU…


 

15 Jun 2012 : Pelakon terkenal dalam drama TV “ Tentang Dhia ”  Adi Putra membuat kunjungan ke PPU. Turut sama dalam kunjungan ini ialah Fadzil Zahari (adik kepada Farid Kamil), penulis skrip filem Kongsi dan Bini-biniku Gangster.  Warga Seri begitu teruja dan terkejut dengan kunjungan tersebut. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Kelab Pencinta Filem (Finas) PPU. Beberapa acara menarik diatur sempena kunjungan ini. Antaranya Dialog bersama artis, persembahan daripada ahli Kelab Pencinta Filem PPU dan persembahan dari Adi Putra.

Fadzil Zahari dan Adi Putra

Adi Putra bersama MPP…

Bersama tenaga akademik PPU…

Pelajar aliran perdana juga turut tidak melepaskan peluang…

By ppusmkst

Pendaftaran PPU Semester 1, 2012…


Pendaftaran pelajar

8 Mei, 2012 : Pendaftaran pelajar baru PPU bermula pada jam 9.00 pagi di Bilik Tutoria 1. Alhamdulillah sehingga berita ini ditulis, seramai 82 oorang pelajar baru PPU telah mendaftar dan sedang melalui Minggu Haluan Siswa. Sebanyak 3 slot dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru PPU iaitu Minggu Pengurusan Pelajar, Minggu Pengenalan Subjek dan Minggu Haluan Siswa.

Barang keperluan sebagai pelajar PPU

By ppusmkst

Seminar Sehari Kecemerlangan STPM


3 Mei 2012 : PPU SMKST mengadakan Seminar Sehari Kecemerlangan STPM yang diadakan di Klebang Beach Resort, Melaka. Seminar adalah anjuran bersama PPU, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKST dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Seminar menampilkan penceramah yang berpengalaman dalm subjek masing-masing. Semoga seminar ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar PPU.

Yang Berbahagia Datuk Hj. Aziz bin Ujang, Pengurus Besar IKSEP merasmikan Majlis Penutupan…

Pelajar bersemangat mendengar ceramah…

Antara penceramah yang dijemput….

By ppusmkst

Pengkesahan Sejarah…. PPU SMKST Juara….


Krew Pengkesahan Sejarah meraikan kejayaan !!!…

2 Mei 2012 : PPU SMK Seri Tanjong, Melaka menjadi juara Pertandingan Pengkesahan Sejarah Tingkatan 6 peringkat daerah Melaka Tengah. Dengan kejayaan ini, PPU SMKST akan menjadi wakil Daerah Melaka Tengah ke Pertandingan peringkat Negari yang dijadualkan pada 12 Mei 2012 ini….

Antara babak menarik dalam pengkesahan….

By ppusmkst

Panduan Pendaftaran Pelajar Baru PPU Sesi 2012


30 April 2012 : Pihak Program PersediaanUniversiti SMK Seri Tanjong, Melaka mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara/i kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Persediaan Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012-2013. Semua maklumat yang terkandung dalam panduan pendaftaran pelajar ini bertujuan untuk membantu saudara/i membuat persediaan sebelum mendaftar. Sila baca dengan teliti kandunganya dan ikut arahan yang diberikan. Sila buat semakan sama ada anda layak ke PPU di sini : http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12

Sila klik pautan ini,  Panduan Pendaftaran Pelajar Baru PPU 2012

By ppusmkst

Khidmat Masyarakat PPU 2012 Berjaya….


7 April 2012 : Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Pantai Kundur yang diadakan pada hari ini telah berjalan dengan jayanya seperti mana dirancang. MPP PPU mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Haji Rahaman b. Hj. Ab. Karim, ADUN Pantai Kundur, Melaka, Petronas Penapisan Melaka Bhd, JKK Pantai Kundur, pentadbir SMKST, tenaga akademik PPU dan pelajar tahun akhir PPU kerana bersama-sama  bergotong-royong membersihkan Pantai Kundur. Antara aktiviti yang diadakan ialah menanam 30 batang pokok rhu, membersihkan pantai, mengecat balai nelayan dan membersihkan longkang.

Puan pengetua turut serta menanam pokok rhu….

 Menanam pokok rhu…

Mengecat balai nelayan…

 

Membersihkan longkang…

YB ADUN Pantai Kundur, menanam pokok rhu sebagai simbolik majlis penutupan…

Puan Pengetua juga menanam pokok rhu sebagai simbolik majlis penutupan…

Majlis Perasmian Penutupan

YB ADUN Pantai Kundur memberikan ucapan…

By ppusmkst

Anda Terbaik…..


28 Mac 2012 : Pada hari ini PPU SMKST berasa bertuah kerana dikunjungi oleh pelajar dan guru Pra-Universiti SMK Dato’ Mohd. Said, Nilai, Negeri Sembilan. Dalam lawatan penanda arasan ini banyak perkara dibincangkan khususnya penjenamaan semula T6. Program bual bicara yang diadakan juga turut mencungkil beberapa perkara mengapa perlunya PPU mesti di perkasakan lagi. Terima kasih dan penghargaan kepada anda semua kerana sudi berkongsi idea dan komen dalam memertabatkan lagi PPU di Malaysia….

Ucapan GPK PPU SMK Dato’ Mohd. Said, Negeri Sembilan

Guru-guru dari kedua-dua buah PPU

Bual Bicara pelajar PPU…

Taklimat di Dewan Kuliah 2…

By ppusmkst