Kunjungan Mesra MPP ke Petronas Penapisan Melaka…


27 Mac 2012 : Presiden dan Exco MPP membuat kunjungan mesra ke Petronas Penapisan Melaka Bhd bagi membincangkan Program Khidmat Masyarakat PPU yang dijadualkan pada 7 April 2012 akan datang. Program Khidmat Masyarakat PPU akan diadakan di Kampung Pantai Kundur, Melaka yang melibatkan 240 orang termasuk komuniti setempat dan staf Petronas. Kunjungan turut disertai GPK PPU, Pemangku Guru Koku PPU dan En. Khalid, GPK HEM…

Bergambar di persekitaran pejabat Petronas Penapisan Melaka Berhad…

Presiden MPP sedang berbincang dengan En. Nazaruddin, pegawai Petronas…

By ppusmkst

Selamat Bersara Puan Noraya…


26 Mac 2012 : PPU mengucapkan Selamat Bersara buat Pn. Noraya bt. Abd. Wahab dari dunia pendidikan. Jasa cikgu tetap kami kenang. Ingat kami selalu. Terima kasih cikgu…..

Ucapan Cik Hajah Jamilah bt. Ismail, Puan Pengetua

 

Pn. Noraya bt. Abd. Wahab dan suami…

Persembahan mantap En. Khalid, GPK HEM dan pelajar PPU…

Antara tetamu yang hadir, mantan GPK Pentadbiran SMKST, Pn. Rosni bt. Leman

By ppusmkst

Surat Terbuka Kepada Pelajar Lepasan SPM 2011


Pada minggu pertama bulan Mei 2012 ini dijangka tawaran kemasukan ke PPU (T6) 2012 akan diumumkan. Mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke PPU (T6) 2012 akan mendapat tawaran untuk memasuki PPU Semester 1 dan seterusnya menduduki peperiksaan STPM. Saban tahun PPU (T6) ini seolah-olah menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pembelajaran mereka. Malah ada yang ragu-ragu untuk masuk semula ke sekolah bagi mengikuti pengajian di PPU (T6).

Sehubungan dengan itu sebagai panduan kepada mereka yang sedang menimbangkan mengenai PPU (T6), bacalah artikel di bawah :

Pembelajaran di PPU (T6) adalah taraf tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pembelajaran mereka selama satu setengah tahun, dengan sistem STPM Baharu bermula pengambilan Mei 2012 ini. Namun demikian, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di PPU (T6) bertaraf rendah dan membuang masa.

Pandangan negatif itu menjadi fobia kepada sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke PPU (T6) seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Tanggapan umum ialah pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA.

Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem pembelajaran di PPU (T6)  adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi, diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf.

Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar tingkatan enam diiktiraf kerajaan. Mungkin tanggapan negatif itu berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi. Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar yang gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam lantaran berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar tingkatan enam, berasa diri terpinggir dan tercicir.

Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh satu setengah tahun di PPU (T6) terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di PPU (T6)  pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka.

Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan.

Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini menggambarkan pelajar PPU (T6) mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta.

Belajar di PPU (T6) banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS. Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.

PPU (T6) adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar PPU (T6) melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan.

Perlu diingatkan, pembelajaran PPU (T6) diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS.

Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam adalah jalan mudah ke universiti.

Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM, laluan ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk mengikuti pembelajaran di universiti. Apa yang penting, pelajar harus bijak merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal. Kepahitan dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di PPU (T6) memerlukan ketabahan dan kecekalan. Tetapi, semuanya adalah lumrah ketika belajar.

Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.”

Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Kata penulis motivasi Alias Muda, “Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.”

Sumber : Harian Metro

By ppusmkst

Lawatan PPU SMK Tun Mamat, Tangkak


Rabu : 21 Mac 2012, PPU SMK Seri Tanjong, Melaka mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPU SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor atas kesudian membuat lawatan penanda aras ke PPU SMK Seri Tanjong, Melaka. Semoga perkongsian yang dibuat dapat memperkasakan lagi PPU di Malaysia

Pelajar dan guru SMK Tun Mamat sedang mendengar taklimat di Dewan Kuliah 2

By ppusmkst

Keputusan STPM 2011 Diumumkan Hari Ini….


7 Mac 2012, Keputusan STPM 2011 diumumkan hari ini. Alhamdulillah, peratus lulus ialah 98.31%, menurun sedikit sebanyak 0.02% berbanding tahun lepas. Seorang pelajar iaitu Resslynna ak Sawing berjaya mendapat 4A (2A dan 2A-) dalam peperiksaan tersebut. Apa yang membanggakan pihak pentadbiran PPU ialah dua orang pelajar kategori kurang upaya telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2011, mereka ialah  Muhammad Tirmizi b. Muslim (rabun 80%) mendapat pointer 3.17 dan Mohd. Amir b. Meor Mohd. Lani (pendengaran) mendapat pointer 2.67Dua mata pelajaran mendapat keputusan 100% lulus iaitu Sejarah dan Seni Visual. Sebanyak 46% pelajar berjaya mendapat pointer yang baik dalam STPM kali ini. Tahniah kepada anda semua !!!.

Resslynna ak Sawing menunjukkan slip keputusannya…

Keputusan STPM 2011 diberikan kepada pelajar…

Senarai Pelajar Cemerlang STPM 2011

By ppusmkst

Mesyuarat Agung PIBG Ke 42, 2012


Sabtu, 3 Mac 2012, Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 42 berjaya diadakan dengan penuh meriah. Majlis dirsamikan oleh YBHG. Datuk Aziz bin Ujang, Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), mewakili YB Datuk Wira Ir. Idris bin Hj. Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka. Beberapa ketetapan telah diambil untuk menjadikan SMK Seri Tanjong, Melaka terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah….

Ahli-ahli PIBG sedang bermesyuarat dan berbincang…

Ketibaan YBHG. Datuk Aziz bin Ujang

YDP PIBG En. Rahmat bin Mat sedang berbincang sesuatu dengan perasmi… 

By ppusmkst

Kem Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan 2012


24-26 Februari 2012, Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar PPU (MPP PPU), kerana telah berjaya melaksanakan tugas berat selaku urusetia Kem Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan 2012. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di padang SMKST. Banyak aktiviti diadakan dan yang paling mencabar ialah aktiviti abseiling dengan menuruni bangunan 2 tingkat. Peserta juga turut meraikan pelumba-pelumba basikal Le Tour de Langkawi yang malalui kawasan Tg. Kling pada 25 Februari 2012….

 Peserta mendirikan khemah…

Acara senamrobik…

Le Tour de Langkawi 2012

By ppusmkst

Maulidur-Rasul SMKST 1433H Meriah…


11 Februari 2012, Sambutan Maulidur-Rasul 1433H peringkat sekolah disambut hari ini dengan penuh meriah. Sambutan dimulakan dengan Perarakan Maulidur-Rasul dan untuk acara di Dewan Seri pula, Kelab Pencinta Filem (Finas), Program Persediaan Universiti, mengadakan persembahan pentomen, deklamasi sajak dan juga persembahahan nasyid. Tahniah kepada kelab Pencinta Filem kerana berjaya menambat hati para pelajar dan guru dengan persembahan yang dramatik dan bertenaga…

Perarakan Sempena Sambutan Maulidur-Rasul 1433H SMKST

By ppusmkst

STPM Modular Bermula Sesi 2012/2013…


Bermula pengambilan PPU Tahun 1 sesi 2012/2013, Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4 Januari 2012.

Pelajar PPU Tahun 1 2012 merupakan Kohot Pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan PPU pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah.

Untuk kegunaan tenaga akademik PPU, sila download silibus baru STPM di bawah :

900 SP Pengajian Am

910 SP Bahasa Melayu

922 SP Kesusasteraan Melayu

940 SP Sejarah

942 SP Geografi

944 SP Ekonomi

946 SP Pengajian Perniagaan

966 SP Sains Sukan

970 SP Seni Visual

By ppusmkst