Selamat Datang


prasarana1

Bangunan Program Persediaan Universiti (Satu Blok Khas)

Abstrak :

     Tingkatan enam telah beroperasi begitu lama di sekolah-sekolah harian bantuan penuh kerajaan. Pengurusan dan pengajaran tingkatan enam tidak pernah menampakkan perubahan sedangkan tingkatan enam merupakan saluran utama bagi melahirkan modal insan kelas pertama jika dibandingkan dengan SPM. Kewujudannya di sekolah-sekolah dipandang sepi oleh pelajar-pelajar, ibu bapa mahupun pihak pentadbiran sekolah sendiri. Ia menjadi pilihan terakhir pelajar lepasan SPM sehinggakan program sijil yang dianjurkan oleh pihak politeknik dipandang lebih tinggi oleh pelajar dan ibu bapa berbanding dengan tingkatan enam.

     Justeru itu, atas kesedaran memperkasakan semula tingkatan enam, Program Persediaan Universiti merupakan satu inovasi baru dan perlu dilaksanakan dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh. Idea ini lahir lanjutan dari penstrukturan perjawatan semula tingkatan enam yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan penstrukturan perjawatan tersebut, satu rangka pelan operasi Program Persediaan Universiti telah dibentangkan oleh jawatankuasa penggerak program. Lantaran itu, beberapa usaha telah dijalankan bagi memartabatkan lagi tingkatan enam supaya mencapai taraf kolej matrikulasi ataupun taraf universiti yang menawarkan kursus diploma.

prasarana2

Dewan Kuliah Haji Mohamad Adam

Cabaran :

  • Penerimaan daripada masyarakat awam khususnya ibu bapa dan penjaga terhadap Program Persediaan Universiti sebagai saluran utama anak-anak mereka ke universiti.
  • Minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap Program Persediaan Universiti.
  • Infrastruktur atau prasarana ke arah persediaan pelajar ke universiti di sekolah-sekolah belum cukup dan perlu ada usaha menambah baik bagi menjamin kesinambungan keintelektualan di negara kita.
  • Sehingga kini, tiada pelan operasi, matlamat dan hala tuju yang jelas tentang Penstrukturan Semula Tingkatan Enam oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

prasarana3

Pejabat Pentadbiran PPU

Latar Belakang :

  • Program Persediaan Universiti merupakan satu inovasi baru yang diilhamkan oleh Tuan Haji Mohammad bin Adam, mantan pengetua SMK Seri Tanjong, Melaka.
  • Idea ini lahir lanjutan dari penstrukturan perjawatan semula tingkatan enam yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Berdasarkan penstrukturan perjawatan tersebut, satu rangka pelan operasi Program Persediaan Universiti telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Penggerak Program.
  • Lantaran itu, beberapa usaha telah dijalankan bagi memartabatkan lagi tingkatan enam supaya mencapai taraf kolej matrikulasi ataupun taraf universiti yang menawarkan kursus diploma.
  • Program ini telah berjalan pada sesi akademik Januari 2008 yang lalu.

By ppusmkst

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s